Monday 18 September 2017

RUMAH KECIL TIANG SERIBU

Dah lama rumah di Nur Lembah Damai ditinggalkan. Paling akhir, satu keluarga angkat abang ipar yang duduk di situ. Oleh kerana sebab² tertentu, mereka meninggalkan rumah tersebut.Sejak tu, rumah di Nur Lembah Damai terbiar sepi.


Baru² ni adik ambik kesempatan untuk melihat di dalam rumah tersebut. Banyak juga yang perlu dibaiki.Antaranya pokok yang tumbang mencucuk atap lalu bocor dan bahagian beranda dapur yang hampir roboh.Selain tu, pagar juga perlu dipasang bagi menghalang babi hutan bermaharajalela...

PISANG TANDUK

Projek seterusnya untuk menanam anak² pisang tanduk pemberian akak.


TUPAI DAN MANGGIS

Agak pelik bila manggis masih dalam proses untuk masak. Selalunya, manggis dan durian akan bergandingan semusim. Selain tu, pokok cempedak madu pun dah mula berbuah. Ini menjadi tarikan tupai untuk.menikmati buah tersebut.




Friday 15 September 2017

FIESTA DURIAN

Alhamdulillah. Setelah sekian.lama abah tanam pokok buah-buahan di tanah Nur Lembah Damai, tahun ni baru nampak hasil yang banyak.

Sekitar awal 90an, Abah dan arwah Mak menugaskan kami adik-beradik untuk menanam pokok buah-buahan. Kebanyakan buah yang ditanam tentulah pokok raja segala buah iaitu durian.

Banyak cabaran ketika itu yang harus dihadapi dan ditempuhi Abah didalam mengusahakan tanah di Nur Lembah Damai tu. Boleh dikatakan hampir setiap tahun, tanah tersebut akan ditenggelami atau digenangi air banjir. Yelah,kawasan tanah yang baru diusahakan.Mana ada sistem perparitan lagi. Yang ada,longkang besar yabg digalai di depan dan bahagian tepi tanah Nur Lembah Damai. Tiap tahun juga, kami terpaksa ulang tanam lagi pokok buah-buahan yang lain.



Tahun ni, memang rezeki abah dan adik-beradik. Dapat merasa buah mangga epal, buah pulasan, cempedak madu, petai dan paling hebat sekali, buah durian. Ada dua pokok yang mengeluarkan hasil jumlah 5 pokok yang berjaya meneruskan kehidupan di Nur Lembah Damai.






Sekali lagi, Alhamdulillah...

RUMAH KECIL TIANG SERIBU

Dah lama rumah di Nur Lembah Damai ditinggalkan. Paling akhir, satu keluarga angkat abang ipar yang duduk di situ. Oleh kerana sebab² terte...